ENTRY ABOUT LINKS FACEBOOK TWITTER ASK.FM NEWER OLDER FOLLOW
Mampukah Cinta Jarak Jauh Bertahan?
Saturday, 5 January 2013 - Permalink - 0 Comments

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera. Hari nie fati nak share dengan kauorang mengenai dengan tajuk di atas nie. Baca taw. Fati cuma share share je sebab percintaan fati punn macam nie jugak. Cinta Jarak Jauh :D


Cinta jarak jauh bukan satu perkara yang mudah untuk dilalui. Buat insan yang sedang melaluinya pasti akan bersetuju jika Fati katakan bahawa cinta jarak jauh ini memerlukan pengorbanan dan kesetiaan yang lebih tinggi berbanding cinta jarak dekat. Maksud cinta jarak jauh ialah apabila pasangan itu terpisah jauh di mata kerana beberapa faktor antaranya tinggal berjauhan, faktor kerja, halangan keluarga dan mungkin ada sebab-sebab lain yang menyebabkan pasangan tidak dapat berjumpa selalu.  Bercinta jarak jauh amat mencabar dan agak sukar buat sesiapa saja yang melaluinya namun ia bukan sesuatu yang mustahil kerana ramai yang diluar sana yang pernah melaluinya dan akhirnya perhubungan mereka berakhir dengan sebuah ikatan perkahwinan yang bahagia.  Peluang untuk percintaan jarak jauh ini bertahan lama dan kekal adalah sama seperti cinta jarak dekat. Dari sudut positif ia lebih manis kerana menjauhkan pasangan dari melakukan maksiat dan juga ia mampu menguji kekuatan cinta antara pasangan.  Bercinta jarak jauh akan membuatkan kita semakin merindui pasangan kita. Namun kita tidak perlu risau kerana setiap kali timbul rasa kehilangan dan kekosongan, kita boleh menghubungi pasangan kita menerusi panggilan telefon, sms, e-mail dan berchatting. Malah kini Facebook, Twitter, Skype menjadi trend terbaru untuk menjadi pengantara buat percintaan jarak jauh.  Namun dari sudut negatifnya pula bercinta jarak jauh ni agak bahaya juga kerana dikhuatiri kasih sayang akan makin pudar akibat lama terpisah jauh.

  Ada beberapa tips untuk mengekalkan Percintaan Jarak Jauh :-  Yang paling penting perlu ada kepercayaan dan kejujuran. Jangan berfikir yang bukan-bukan tentang pasangan. Berserah segalanya pada takdir dan pastikan kejujuran hadir pada diri sendiri juga. Jangan curang pada pasangan korang. Dan dengan izin dariNYA pasangan korang juga akan setia.  Cinta jarak jauh memerlukan komitmen yang tinggi. Walaupun banyak cabaran yang perlu ditempuh, pastikan korang dan pasangan selalu memberikan komitmen pada cinta.  Korang perlu sentiasa berhubung. Walaupun tak dapat bersemuka, masih ada cara lain untuk sentiasa berhubung. Cara ini dapat mengelakkan pasangan mencari keseronokkan dengan orang lain kerana tentu kita tidak mahu pasangan kita mencari insan lain untuk mengisi kekosongan dan kesepian hatinya.  Jangan terlalu berprasangka buruk pada pasangan. Selalu berfikiran positif dan cuba kawal emosi diri. Elakkan bergaduh ketika korang berhubung kerana itulah saja peluang korang untuk merapatkan hubungan dengan si dia.  Ikhlaskan hati mencintai pasangan. Tunjukkan sikap ambil berat korang walaupun hanya melalui panggilan atau sms. Buatkan dirinya rasa istimewa dan disayangi.  Sesukar manapun cinta jarak jauh ini, masih ramai yang mampu bertahan kerana masih percaya akan ada kebahagiaan di masa depan.  Kepada korang yang bercinta jarak jauh, puteri doakan agar kebahagiaan bakal menjadi hadiah paling bermakna buat korang dan si dia yang tersayang.Sekian, Terima kasih.x